Wednesday 6 February 2013

Majlis Khatam Sahih Bukhari (10 siri) anjuran IMRT

Untuk pencinta Hadith, IMRT akan menganjurkan program bulanan 'Majlis Khatam Sahih Bukhari' khusus untuk menghabiskan bacaan karya agung ini (Sahih Bukhari). Program ini akan mengandungi 10-12 siri dan setiap siri akan diadakan secara bulanan pada hari Sabtu atau Ahad. Tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Bacaan akan diadakan dalam Bahasa Arab dan mereka yang tidak memahami disarankan membawa terjemahan untuk mengikuti makna setiap Hadith. Dianggarkan setiap siri mengambil masa antara 9 pagi hingga selepas Asar, ini bagi merealisasikan matlamat untuk menghabiskan seluruh kitab Sahih Bukhari dalam 10-12 siri.

Program ini adalah PERCUMA dan akan dibimbing oleh para ustaz seperti Us. Muhammad Anwaruddin Abd. Wahab (Penasihat IMRT), Us. Mohd. Naser Mohd. Tap, Us. Adlan Abd. Aziz dan lain-lain lagi.

Sesiapa yang berminat terutamanya yang ingin mengikutinya secara lengkap kesemua sirinya, sila hantar nama penuh dan no.telefon kepada 019-7105167 untuk pihak IMRT mengetahui anggaran peserta dan persediaan tempat.

Insya Allah program ini akan bermula seawal Februari ini. Tarikh juga akan dimaklumkan di blog ini dan FB serta Twitter -Adlan Abd Aziz

No comments:

Post a Comment