Saturday, 26 January 2013

Imam Bukhari & Imam Tirmidzi

Alhamdulillah, berikut adalah tweet Ustaz Adlan Abdul Aziz dalam menjawab kritikan ke atas dua imam ini:

1. Imam Bukhari (w256H) dan muridnya Imam Tirmidzi (w279H) dalam kalangan pakar-pakar Hadith dan Imam-imamnya. Hasil tulisan mereka penting, diutamakan.

2. Ketokohan mereka (Bukhari dan Tirmidzi) diakui oleh guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid mereka yang mengenali mereka dari dekat,bukan pujian kosong.

3. Pengajar, pelajar Hadith patut kaji buku mereka seperti ' Sahih Bukhari' dan 'Jami'/Sunan Tirmidzi' untuk kenal metodologi kajian mereka berdua.

4. Kajian tentang (Bukhari dan Tirmidzi) mesti bermula dengan mengenali biodata dan kelebihan ilmu, amal mereka. Lahir rasa hormat dan lebih dekat.

5.Selepas kenal biodata (Imam Bukhari dan Tirmidzi), kajian mesti dibuat dengan memahami sebenar-benarnya cara mereka keluarkan pandangan (ilmu).

6. Ini kerana ada yang kritik (Imam Bukhari dan Tirmidzi) tidak memahami 'cara' mereka lalu ditolak seolah 'salah', rupanya 'salah faham'.

7. Apabila ambil kajian (Imam Bukhari dan Tirmidzi), jangan samakan ia dengan kajian moden. Kajian mereka adalah lebih mendalam dari yang disangka.

8. Sebagai contoh, Imam Bukhari menyusun bukunya 'Sahih Bukhari' selama 16 tahun yg penuh dengan kajian, perbincangan, semakan dan pengesahan. 16 tahun!

9. Imam Tirmidzi pula mengarang 'Jami'/Sunan Tirmidzi' lebih 10 tahun kajian dan pengembaraan bertemu para ulama Hadith.

10. Dakwaan yang dibuat kononnya 'Sahih Bukhari' ada Hadith yang 'bertembung akal/logik' datangnya dari kalangan yang tidak mengkaji (hakikatnya).

11. Dakwan kononnya Tirmidzi pula bermudah-mudah menilai 'sahih' dan 'hasan' juga datang lewat (kurun 8H) dan dipopularkan oleh orang masa kini.

12. Lebih malang apabila ada yang menyeru agar dikaji semula semua penilaian Bukhari dan Tirmidzi, tapi diterima bulat-bulat pula kajian moden?

13. Apabila kita melihat adanya kritikan terhadap Imam Bukhari atau Tirmidzi, pastikan isunya dan kaji dengan teliti. Jangan salah fokus.

14.Sahih Bukhari penuh dengan info - Al-Quran dan tafsirnya, Hadith, kata-kata Sahabat dan Tabi'in, tajuk-tajuk Fiqh dan lain-lain disusun dengan tersendiri.

15. Begitu juga Sunan/Jami' Tirmidzi penuh dengan info, beliau susun dengan lebih jelas penilaian Hadith juga mazhab-mazhab Fiqh dengan cara tersendiri.

16. Tentang persahabatan (Imam Bukhari dan Tirmidzi), ia amat bermakna, ilmu dan adab, matlamat yangg suci, tersimpan kesannya hingga kini!

17. Imam Bukhari mengasihi muridnya Tirmidzi, hingga berkata 'apa aku pelajari darimu lebih dari apa angyg engkau pelajari dariku'

18. Syukur pada Allah, soal jawab antara mereka tersimpan hingga kini - antaranya dalam Jami/Sunan Tirmidzi dan Ilal Kabir juga karya Tirmidzi.

19. Imam Tirmidzi dalam buku-bukunya apabila bertanya kepada 'Muhammad', maka itulah 'Muhammad Bin Ismail (al-Bukhari)'.

20.Imam Tirmidzi memuji Imam Bukhari dengan begitu tinggi di dalam penutup buku Jami'/Sunan Tirmidzi, amat patut dibaca oleh pengkaji Hadith!

‎21. Peminat Hadith perlu berusaha sedaya upaya membaca, memahami dan mengenali kedua Imam ini dan buku-buku mereka. Jangan hanya 'teori'. Sekian.

No comments:

Post a Comment